Tuesday 9 April 2013

Jika Begitu Biarkan Begini


Bagaimana untuk membuat mu mengerti
Apa mahu ku yang sebenar..
walau berulangkali telah kau dengar 
apa pinta ku dari mu..

Cuma sedikit pengertian
ku mohon dari mu 
dalam perjalanan kehidupan
yang kita titi kini

Salah mu yang berilusi
 kau kira aku juga turut berilusi seperti mu..
Ilusi itu terlalu jauh membedakan dunia kita..
terang bagi mu tapi gelap untuk ku..

Di mana janji manis pernah kau taburkan dulu
Berjanji tidak akan mengulangi setiap kepahitan yang telah ku lalui
Di mana kesungguhan dalam kau berkata-kata dulu
untuk melakukan yang terbaik untuk ku..

Namun mengapa kini aku mula merasa 
ada sebuah sesalan yang mula bertapak dalam lubuk hati ku
Mungkin ketika itu aku sebenarnya harus melepaskan mu
dan 
meminta kau untuk melepaskan aku...


Maaf aku tidak kuat untuk menjalani semua ini
Terlalu berat untuk ku hadapinya sejak awal
Entah nanti akhirnya bagaimana pula..
Entah apa lagi yang perlu hati ku bertahan untuk mu..
Cinta dan rindu telah sedikit tersisa
dan ada waktunya akan hilang untuk mu..

Suatu hari nanti ketika kau terjaga dari mimpi
Sesuatu yang indah pernah kau miliki dalam hidup 
mungkin bukan milikmu lagi..
cukup..cukup..cukup.. 
Jika begitu biarkan begini

Selamat tinggal cinta!





Wednesday 13 March 2013

SABAH

Bermula Febuari Sabah dicerobohi oleh sepasukan manusia yang mendakwa tanah sabah ( Lahad Datu ) adalah milik mereka.. Sudah ada beberapa Pasukan keselamatan kita yang GUGUR..
Kami yang berada di Sabah turut merasa bahang "kekalutan" yang dihadapi oleh Lahad Datu, Semporna, dan kawasan2 sekitarnya..

Sungguh mengecewakan ada juga segelintir manusia yang mempersendakan perjuangan mereka walau telah ada yang terkorban. Persoalannya mengapa mereka hanya berani di "keyboard", kenapa tidak menawarkan diri untuk sama berjuang kalo perasan diri tu hebat sangat. Sangatlah memalukan punya keperibadian yang hanya "tembirang" dalam media sosial..

Gugurnya wira² negara kita adlah untuk KITA untuk SABAH dan untuk MALAYSIA..
Andainya mereka yang berkata tu punya saudara mara yang berada dibaris hadapan, tentu mereka tahu apa perasaan yang dilalui oleh keluarga pejuang kita.. SEDIH, TAKUT, KECEWA itu sudah pasti!!
Mereka yang terkorban TIADA GANTINYA!!!!!!!! andai kita mampu melakar potret serupa dengannya.. namun kita tidak mampu mengembalikan senyum dan tawa mereka yang sebelum ni selalu kedengaran..

Kerana hidup ini satu perjalanan yang tersisa harus terus berjalan.. walau pahit, walau sangat menyakitkan hidup mesti diteruskan..walau kenangan lalu seringkali menikam mimpi2 indah kita..

Terima kasih buat pejuang2 tanah air yang rela berkorban untuk keselamatan negera...


Walau Tanpa Rela,
Mereka Pergi juga..
Bukan Kerana Desakan..
Bukan Kerana Populariti..

Mereka pergi 
kerana Amanah & Tanggungjawab..
Berada di barisan hadapan demi negara dan bangsa..
Tanpa gentar mereka melangkah.. dan..
Tanpa Sesal mereka tersungkur..
meninggalkan sejuta kenangan sebelumnya..

Yang pergi takkan kembali..
Yang tinggal teruskan Perjuangan..
Bukan untuk mereka tetapi untuk Negara..
Biar Kita berasa terus merdeka..

Mereka tidak meminta apa-apa
Selain sebuah keyakinan kita untuk mereka..
Yakin dengan perjuangan mereka di sana..
Walau sesetengah mempersendakan perjuangan mereka..

Andai SABAH hilang namanya
Mereka terlebih dahulu merasa kehilangannya..
Bantulah mereka dengan sekalung DOA..
Bukan dengan Kata-kata senda..

by,
me

14032013 1.15pm
*********************************





Thursday 3 January 2013

Happy New Year Apa Azam Baru??

Shallom!!

Selamat Tahun Baru 2013 Semua kawan²..

wah sedar tidak sedar, kita sudah pun menjejakkan kaki ditahun 2013 kan.. so apa azam baru?? hehehe..
lama betul saya bercuti, skrg baru wish happy new year dan update blog.. huhuhuhu..

Banyak perkara yang sudah kita jalani dan lalui di Tahun 2012, suka duka semua silih berganti.. pahit manis asam garam kehidupan lah tu kan.. Untuk tahun 2013 ni kita semestinya mahu yang lebih baik dari yang sudah kita capai Tahun 2012. Jangan berharap tapi YAKIN! sebab DIA tidak pernah merencanakan sesuatu yang buruk untuk kita. :) :) kan kan kan..

huh! bercerita pasal cuti hujung tahun.. banyak aktiviti yang kami buat di kampung.. yang paling best masa hari kesyukuran keluarga besar & meraihkan ulangtahun perkahwinan 3 bersaudara ( mama & adik beradiknya dengan pasangan masing2 ). Best n happy dapat berkumpul sama2 dengan keluarga di kampung.. dan ada juga saat2 sedih di mana terkenangkan kembali arwah Datuk. Tapi untuk apa kita cerita yang sedih2 kan.. yang pergi takkan kembali, dan yang tinggal tidakkan tetap selamanya.. cuma kenapa sedih? sebab kehilangan datuk kami (walaupun suda lama dari 1998 - almost 15tahun) masih di rasai lagi.. dan apa yang membuatkan kami semua merindui dia adalah kerana kebaikan dan ketulusan hati. orang nya sangat baik hati, tidak pernah marah walau sedikitpun. Bukan kami sahaja yang merasa kehilangan malah orang sekeliling yang mengenal datuk kami pun akan bercakap tentang kebaikan dia. Secara jujur saya memang sangat menrindui bapa tua (nama panggilan datuk yang kami adik beradik guna). sob..sob..sob..
Lupakan yang sedih, Hapus kan air mata. Mari kita bersiap menghadapai Tahun 2013.. jom!! hehe..

Bercerita mengenai keluarga, biarla saya ceritakan serba sedikit tentang latar belakang kelurga n asal usul saya ni.. hehe.. malu pula .. ceh! ekekekeke.. Saya anak bungsu dari 6 orang adik beradik ada 1 orang kakak n 4 orang abang.. kakak anak pertama :) 5 orang dari kami sudah ada keluarga masing2, tinggal 1 orang lagi yang masih single but not available ahh.. hehehe.. cukup untuk itu jak la..lain kali kita cerita2 pasal itu lagi..

macam panjang lebar sudah 1st entry 2013 pula ni.. tapi tidak apa.. yang penting kita happy!!