Wednesday 13 March 2013

SABAH

Bermula Febuari Sabah dicerobohi oleh sepasukan manusia yang mendakwa tanah sabah ( Lahad Datu ) adalah milik mereka.. Sudah ada beberapa Pasukan keselamatan kita yang GUGUR..
Kami yang berada di Sabah turut merasa bahang "kekalutan" yang dihadapi oleh Lahad Datu, Semporna, dan kawasan2 sekitarnya..

Sungguh mengecewakan ada juga segelintir manusia yang mempersendakan perjuangan mereka walau telah ada yang terkorban. Persoalannya mengapa mereka hanya berani di "keyboard", kenapa tidak menawarkan diri untuk sama berjuang kalo perasan diri tu hebat sangat. Sangatlah memalukan punya keperibadian yang hanya "tembirang" dalam media sosial..

Gugurnya wira² negara kita adlah untuk KITA untuk SABAH dan untuk MALAYSIA..
Andainya mereka yang berkata tu punya saudara mara yang berada dibaris hadapan, tentu mereka tahu apa perasaan yang dilalui oleh keluarga pejuang kita.. SEDIH, TAKUT, KECEWA itu sudah pasti!!
Mereka yang terkorban TIADA GANTINYA!!!!!!!! andai kita mampu melakar potret serupa dengannya.. namun kita tidak mampu mengembalikan senyum dan tawa mereka yang sebelum ni selalu kedengaran..

Kerana hidup ini satu perjalanan yang tersisa harus terus berjalan.. walau pahit, walau sangat menyakitkan hidup mesti diteruskan..walau kenangan lalu seringkali menikam mimpi2 indah kita..

Terima kasih buat pejuang2 tanah air yang rela berkorban untuk keselamatan negera...


Walau Tanpa Rela,
Mereka Pergi juga..
Bukan Kerana Desakan..
Bukan Kerana Populariti..

Mereka pergi 
kerana Amanah & Tanggungjawab..
Berada di barisan hadapan demi negara dan bangsa..
Tanpa gentar mereka melangkah.. dan..
Tanpa Sesal mereka tersungkur..
meninggalkan sejuta kenangan sebelumnya..

Yang pergi takkan kembali..
Yang tinggal teruskan Perjuangan..
Bukan untuk mereka tetapi untuk Negara..
Biar Kita berasa terus merdeka..

Mereka tidak meminta apa-apa
Selain sebuah keyakinan kita untuk mereka..
Yakin dengan perjuangan mereka di sana..
Walau sesetengah mempersendakan perjuangan mereka..

Andai SABAH hilang namanya
Mereka terlebih dahulu merasa kehilangannya..
Bantulah mereka dengan sekalung DOA..
Bukan dengan Kata-kata senda..

by,
me

14032013 1.15pm
*********************************





No comments:

Post a Comment