Monday 4 August 2014

Persiapan

Haalloooaaa!!

Apa kabar semua kawan²..
Hari ni masih belum ada idea untuk berkarya..

Banyak yang ingin diceritakan tapi tidak tahu hendak bermula atau hendak bercerita dari mana..
Dunia masa kini sudah semakin tua.. Jalan bongkok² macam nenek tua-tua.. hahaha!! mempamirkan segala isinya yang semakin bertentangan dengan kebaikan..

Sana sini kita lihat peperangan, permusuhan dan segala macam kejahatan yang berkaitan dengan isu2 sensitif.. Apakah ini yang dikatakan AKHIR ZAMAN???

Sejujurnya saya mau mempersiapkan diri sepenuhnya untuk menghadapi hari² akhir zaman itu??
Saya ini manusia biasa yang punya keraguan dan ketakutan dalam diri.. Tidak kuat seperi nabi² atau tokoh² yang ada dalam "bible".. mereka² yang mati mempertahankan iman..

Uh!! kalo di fikir²kan mana-mana manusia sememangnya mau kehidupan yang kekal.. tapi bukan semua setia sampai akhirnya.. Memikirkan kematian memang menakutkan apatah lagi yang berhadapan dengan kematian...

Sebagai manusia kita memang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.. apa yang penting merendahkan diri untuk memohon pengampunan.. perbaiki iman dan keperibadian.. jangan terus-terus melakukan hal yang sama kalo kita tahu itu mematikan kita..

Yang pasti, kita akan menemui kematian juga cuma dengan cara yang berbeza..

"Bukannya orang yang berseru Tuhan- Tuhan yang akan masuk ke dalam kerajaan sorga"

Tuhan Memberkati ^^

Wednesday 30 July 2014

Kembali Merindu

haallooooaaa..!!

Wah, lama betul tidak menconteng dalam blog ni.. rindu pula tau
Kesian... terkubur sudah semua cerita-cerita kehidupan sejak beberapa bulan yang lalu..

Kehidupan..
Banyak cerita yang terlukis di dalamnya..
Bukan semua bisa diungkapkan dengan kata-kata
tidak semua diluahkan dengan lakaran..

Banyak hal-hal yang berlaku sejak kebelakangan ini.. Tapi walau apapun yang berlaku tiada yang dapat mengatasi kuasa DIA.. Apa yang kita perlu lakukan hanya lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dan pergi.. Kita tidak mampu menghalang apa yang sedang berlaku pada dunia sekarang. Tapi kita mampu mengubah segala sesuatu melalui DOA..

Media² sosial, laman² sosial terlalu ramai yang menunjukkan kepintarbodohan mereka dalam drama alam maya. Fuh!! hebat!! Fakta dan Auta kita pula yang buta ilmu kadang kala termakan telan cerita² dongeng real yang kita tahu asal usulnya tapi tidak tahu penyebabnya.. Namun DIA lebih tahu..

Hidup akan sentiasa terus berputar kawan..
tidak akan ada button atau gear reverse.. Flashback itu ya ada dan pasti ada..
andai saja masa itu bisa diputar kembali.. saya percaya semua orang pasti akan membetulkan kesilapan yang pernah mereka lakukan.. saya, kamu, mereka dan kita pernah melalui masa² yang sukar.. cuma jangan terlalu obses dengan sesuatu perkara yang membuat kamu semakin hanyut dalam pengertian duniawi..
" Carilah dulu kerajaan Allah, Maka semuanya akan ditambahkan bagimu" dan saya percaya itu.. ^_^

Hidup tidak akan pernah berubah kalo kita tidak pernah punya hati untuk berubah..

Tuhan memberkati semua ^_^

Tuesday 9 April 2013

Jika Begitu Biarkan Begini


Bagaimana untuk membuat mu mengerti
Apa mahu ku yang sebenar..
walau berulangkali telah kau dengar 
apa pinta ku dari mu..

Cuma sedikit pengertian
ku mohon dari mu 
dalam perjalanan kehidupan
yang kita titi kini

Salah mu yang berilusi
 kau kira aku juga turut berilusi seperti mu..
Ilusi itu terlalu jauh membedakan dunia kita..
terang bagi mu tapi gelap untuk ku..

Di mana janji manis pernah kau taburkan dulu
Berjanji tidak akan mengulangi setiap kepahitan yang telah ku lalui
Di mana kesungguhan dalam kau berkata-kata dulu
untuk melakukan yang terbaik untuk ku..

Namun mengapa kini aku mula merasa 
ada sebuah sesalan yang mula bertapak dalam lubuk hati ku
Mungkin ketika itu aku sebenarnya harus melepaskan mu
dan 
meminta kau untuk melepaskan aku...


Maaf aku tidak kuat untuk menjalani semua ini
Terlalu berat untuk ku hadapinya sejak awal
Entah nanti akhirnya bagaimana pula..
Entah apa lagi yang perlu hati ku bertahan untuk mu..
Cinta dan rindu telah sedikit tersisa
dan ada waktunya akan hilang untuk mu..

Suatu hari nanti ketika kau terjaga dari mimpi
Sesuatu yang indah pernah kau miliki dalam hidup 
mungkin bukan milikmu lagi..
cukup..cukup..cukup.. 
Jika begitu biarkan begini

Selamat tinggal cinta!





Wednesday 13 March 2013

SABAH

Bermula Febuari Sabah dicerobohi oleh sepasukan manusia yang mendakwa tanah sabah ( Lahad Datu ) adalah milik mereka.. Sudah ada beberapa Pasukan keselamatan kita yang GUGUR..
Kami yang berada di Sabah turut merasa bahang "kekalutan" yang dihadapi oleh Lahad Datu, Semporna, dan kawasan2 sekitarnya..

Sungguh mengecewakan ada juga segelintir manusia yang mempersendakan perjuangan mereka walau telah ada yang terkorban. Persoalannya mengapa mereka hanya berani di "keyboard", kenapa tidak menawarkan diri untuk sama berjuang kalo perasan diri tu hebat sangat. Sangatlah memalukan punya keperibadian yang hanya "tembirang" dalam media sosial..

Gugurnya wira² negara kita adlah untuk KITA untuk SABAH dan untuk MALAYSIA..
Andainya mereka yang berkata tu punya saudara mara yang berada dibaris hadapan, tentu mereka tahu apa perasaan yang dilalui oleh keluarga pejuang kita.. SEDIH, TAKUT, KECEWA itu sudah pasti!!
Mereka yang terkorban TIADA GANTINYA!!!!!!!! andai kita mampu melakar potret serupa dengannya.. namun kita tidak mampu mengembalikan senyum dan tawa mereka yang sebelum ni selalu kedengaran..

Kerana hidup ini satu perjalanan yang tersisa harus terus berjalan.. walau pahit, walau sangat menyakitkan hidup mesti diteruskan..walau kenangan lalu seringkali menikam mimpi2 indah kita..

Terima kasih buat pejuang2 tanah air yang rela berkorban untuk keselamatan negera...


Walau Tanpa Rela,
Mereka Pergi juga..
Bukan Kerana Desakan..
Bukan Kerana Populariti..

Mereka pergi 
kerana Amanah & Tanggungjawab..
Berada di barisan hadapan demi negara dan bangsa..
Tanpa gentar mereka melangkah.. dan..
Tanpa Sesal mereka tersungkur..
meninggalkan sejuta kenangan sebelumnya..

Yang pergi takkan kembali..
Yang tinggal teruskan Perjuangan..
Bukan untuk mereka tetapi untuk Negara..
Biar Kita berasa terus merdeka..

Mereka tidak meminta apa-apa
Selain sebuah keyakinan kita untuk mereka..
Yakin dengan perjuangan mereka di sana..
Walau sesetengah mempersendakan perjuangan mereka..

Andai SABAH hilang namanya
Mereka terlebih dahulu merasa kehilangannya..
Bantulah mereka dengan sekalung DOA..
Bukan dengan Kata-kata senda..

by,
me

14032013 1.15pm
*********************************





Thursday 3 January 2013

Happy New Year Apa Azam Baru??

Shallom!!

Selamat Tahun Baru 2013 Semua kawan²..

wah sedar tidak sedar, kita sudah pun menjejakkan kaki ditahun 2013 kan.. so apa azam baru?? hehehe..
lama betul saya bercuti, skrg baru wish happy new year dan update blog.. huhuhuhu..

Banyak perkara yang sudah kita jalani dan lalui di Tahun 2012, suka duka semua silih berganti.. pahit manis asam garam kehidupan lah tu kan.. Untuk tahun 2013 ni kita semestinya mahu yang lebih baik dari yang sudah kita capai Tahun 2012. Jangan berharap tapi YAKIN! sebab DIA tidak pernah merencanakan sesuatu yang buruk untuk kita. :) :) kan kan kan..

huh! bercerita pasal cuti hujung tahun.. banyak aktiviti yang kami buat di kampung.. yang paling best masa hari kesyukuran keluarga besar & meraihkan ulangtahun perkahwinan 3 bersaudara ( mama & adik beradiknya dengan pasangan masing2 ). Best n happy dapat berkumpul sama2 dengan keluarga di kampung.. dan ada juga saat2 sedih di mana terkenangkan kembali arwah Datuk. Tapi untuk apa kita cerita yang sedih2 kan.. yang pergi takkan kembali, dan yang tinggal tidakkan tetap selamanya.. cuma kenapa sedih? sebab kehilangan datuk kami (walaupun suda lama dari 1998 - almost 15tahun) masih di rasai lagi.. dan apa yang membuatkan kami semua merindui dia adalah kerana kebaikan dan ketulusan hati. orang nya sangat baik hati, tidak pernah marah walau sedikitpun. Bukan kami sahaja yang merasa kehilangan malah orang sekeliling yang mengenal datuk kami pun akan bercakap tentang kebaikan dia. Secara jujur saya memang sangat menrindui bapa tua (nama panggilan datuk yang kami adik beradik guna). sob..sob..sob..
Lupakan yang sedih, Hapus kan air mata. Mari kita bersiap menghadapai Tahun 2013.. jom!! hehe..

Bercerita mengenai keluarga, biarla saya ceritakan serba sedikit tentang latar belakang kelurga n asal usul saya ni.. hehe.. malu pula .. ceh! ekekekeke.. Saya anak bungsu dari 6 orang adik beradik ada 1 orang kakak n 4 orang abang.. kakak anak pertama :) 5 orang dari kami sudah ada keluarga masing2, tinggal 1 orang lagi yang masih single but not available ahh.. hehehe.. cukup untuk itu jak la..lain kali kita cerita2 pasal itu lagi..

macam panjang lebar sudah 1st entry 2013 pula ni.. tapi tidak apa.. yang penting kita happy!!

Sunday 16 December 2012

Ini Kali Lah!


Shallom!!

Oh No!! Ini kali lah!!

Dari rumah memang serba serbi cantik lawa wangi..
Hari ni ada perhimpuanan anggota penjawat awam so kena la prepare baik-baik dari rumah kan..

semua cukup perfect! rambut kemas, pakaian kemas..semuanya kemas.. tapi yang tak kemas nya.. Kaki!! macam mana saya boleh lupa pakai kasut hills ni.. ni la akibat kalo selalu guna sandal p Ofic.. kan sudah kena!! my senior siap bagi kasut dia lagi untuk pinjam.. tapi kesian.. pakai kasut saiz 7 untuk kaki saiz 5?? kompom tidak muat kan?? masukkan tisu dalam kasut?? ya sudah cuba tapi tetap juga tidak boleh.. macam kasut Mc Donald pula :( :(..

Mau lari balik rumah pun kereta hubby guna.. mau minta tolong hubby pula dia meeting?? so what should i do?? just use sandal lah jawapnya.. la la la la (hP ringing).. tengok2 hubby call.. wahh syukur!! Helo? hurm kenapa tu tadi? me: Dady Meeting lagi ka?? - Tidak, habis sudah.. (Selamat!!! ahahaha) me: Dady tolong p rumah cari kasut hills mumy. cari la d stor tu..( see, kasut pun d stor) alahai... dady just say OK :) ..

Tidak lama kemudian, Dady pun datang dengan Hensem nya.. sempat puji sekejap.. Wah Hensem OO dady :) :) ekekeke ( nampak sangat takut kena bagi ceramah 5saat, sebab menyusahkan) he just respon ' hurmm'.. ahhahahahhaha.. before tutup pintu kereta, sempat lagi.. love u dady! :)

but seriously Dady memang hensem tadi..hehehe..Now me senyum sampai telinga, terasa macam masih belasan tahun dengan hills ni.. ahahahaha.. perasan lebih! sambil tulis blog ni actually tengah tunggu kawan untuk jalan sama-sama( kamiurang jadi parasit di kereta dia).. ok la guys.. aku jalan dulu.. love u all.. Xoxo..

Selamat Pagi, Salam 1 Malaysia & Tuhan Memberkati :)

Saturday 15 December 2012

Sonitor-Monitor

Shallom!

Selamat petang semua kawan-kawan...
Thanks To MT yang sudi bagi link blog kamurang untuk saya add..
Untuk permulaan tidak apa lah kalo belum ramai kawan kan.. yang penting kita kawan-kawan.. :)

Aaaaahhhh.. Hari ni kami ada acara Sonitor-Monitor (tukar-tukar Hadiah) di Gereja.. Me & Hubby turut ambil bahagian.. Hadiah kami biarlah rahsia.. hehehe... mesti happening malam ni.. *Mesti*..

mau upload juga gambar hadiah yang sudah berbalut tu tapi :( kesian Hp pun jenis zaman batu punya.. kamera pula tidak bercas.. so tunggu next entry la yeee.. :)

Ok la kawan-kawan.. mau p mandi dulu la.. mo get ready.. Thanks uollss.. love u..

Tuhan memberkati :)