Tuesday, 27 November 2012

Topeng

Seiring usia..
kita melewati hari-hari
yang datang dan pergi..
meninggalkan kita dengan angka yang semakin bertambah..

Namun disebalik jalan yang kita susuri itu..
ada banyak simpang yang akan kita jumpa..
Pilihan terlalu banyak tapi hanya ada satu simpang
yang akan membahagiakan kita Selamanya...

Membuat pilihan bukannya senang
semuanya terletak ditangan kita untuk memilih
Jangan sahaja nanti kita menyesali segalanya
kerana dunia ini adalah TOPENG!

created by me

Selamat Petang Dan Tuhan Memberkati